Pengalaman bersalin

2:06 PM

Assalamualaikum dan hi!

Reena hutang entry ini tempoh hari kan?
Berceritakan tentang pengalaman. Sebenarnya reena dah overdue seminggu. 

Tersangatlah leceh bila dah overdue ni.  Ikutkan tarikh reena due 15/7/2016 dan disebabkan lebih hari,  hari2 laaa kena ulang alik klinik kesihatan(KKIA) untuk buat check-up perut.  Sampai mengeluh dengan encik hasben, nak cepat la beranak..  Hari2 gosok perut cakap dengan baby, "da boleh keluar da ni sayang..  Umi dengan abi dah ready ni.  Jom la keluar cepat... ". Hari demi hari berlalu.  Sampaikan misi di KKIA usik, "esok jangan datang checkup dah! Beranak malam ni". Bila esoknya dia nampak lagi muka ni.  Terus bising.  "Ehhhhh dia datang lagi harini!!!" haha!  Misi ingat saya tak jemu ke nak hari2 ulang alik. 

Last checkup dengan doktor pada 14/7 tu,  doktor dah bagi last date untuk warded iaitu 21/7 dan last date 22/7 MESTI BERSALIN! nak tau?  Last date tu jugak laaaa birthday encik hasben.  Memang baby ni komplot dengan abi ni. 

Pada mulanya reena n encik hasben bercadang nak bersalin di hospital Sg petani je.  Dan sehari sebelum tarikh nak warded tu, umi(mak mertua)  call tanya macamana plan? Terus dibebelnya nak bersalin jauh dari keluarga.  Yela di Sg Petani takde sesiapa family yg terdekat, sampai mama reena da plan nak naik train ke SP untuk teman.  Umi suh pilih antara dua.  Nak bersalin Taiping terus atau bersalin kt Jitra/Alor Star dan berpantang rumah umi.  Haa.  Peninglah kami laki bini ni.  Bincang2, so reena buat keputusan balik Taiping terus. Mlm 20haribulan tu jugak balik. 
(Belum kisah pengalaman bersalin,  entry dahhh berjela!) 

21/6/2016:
Kisahnya pagi 21haribulan, sape tak berdebar oi,  nak bersalin..  Dipaksa bersalin lak tu.  Memang dalam 2,3 hari tu emosi terganggu jugak.  Takut! Pg tu bincang dengan mama nak bersalin hospital kerajaan atau private.  Ikutkan niat asal nak bersalin di hospital kerajaan je, tapi nak keselesaan mama suruh bersalin hospital swasta(columbia hospital). Pagi tu nyendeng kat encik hasben.. Air mata dah meleleh. Haha!  Takut bajet lari ni.  Encik hasben pun setuju laa memandangkan bini dia ni pun emosi tingtong da.  Siap makan pagi,  terus ke hospital columbia.  Check-up dengan Dr Jeya. Dia cakap air ketuban pun dan semakin berkurang.  Boleh terus warded.  Halamak!  So redha jela masuk ward. 

2.00pm-  lebih kurang kul 2 kot masa tu.  Misi datang check perut. Pasangkan CTG alat check jantung baby. Lepas semuanya dah ok,  doktor datang untuk induce katanya. Ok masa tu cuak gak,  induce tu macam mana pulak! Doktor tu masukkan macam pil ke ape dalam missV.  Sakit? Boleh tahan gak sakit.  Sebab dalammm dia masukkan.  Lepas sejam kesan ubat dah bertindak balas.  Mama suruh g mandi dulu basahkan kepala bagi lega.  Time tu kebetulan reena sembelit.  Rasa nak membuang tapi takut nak meneran.  Time tu jugak memang da turun darah sikit. 

4.00pm-    doktor datang balik untuk check bukaan,  dah ada lebih kurang 2cm masa tu.  Sakit contraction pun datang menyengat tapi tak kerap lagi.  Jalan2 jugak la dalam bilik ward tu.  Doktor cakap dalam pukul 8 masuk labour room.  Ok tambah lagi satu debar! Time tu ada makan petang kemain lagi chicken chop.  Tapi memang tak lalu dah kunyah. Sedap pun tak rasa sedap sebab sakit.  Encik hasben dengan mama pun tak berhenti urut belakang, urut kaki.

8.00pm-       misi masuk bilik cakap dah time masuk LR.  redha jela berjalan serah diri. Masuk je situ dorang bagi baju untuk salin,  baju hijau hospital.  Ready naik katil. Dan doktor pun datang check bukaan.  Time tu dah 4cm.  Doktor cakap akan masukkan drip air kt tangan untuk kuatkan contraction. So bermulalah sakit sejenis lagi.  Fuhh dia punya menyengat.  Rasa nak gigit katil tu. Oo lupa,  doktor pun time tu pecahkan air ketuban.  Rasa panasss je.  Misi cakap ada corong oksigen.  If tak tahan sangat,  tekan dan sedut oksigen tu.  Encik hasben temankan mula2 tapi di keluar solat Isyak skali doakan semoga dipermudahkan la kot.  Time tu jugak la sakit memang rasa nak meleleh airmata.  Encik hasben datang je masuk airmata dah leleh.  Dalam hati duk fikir nak minta maaf dengan dia.  (Omg,  reena mmg jenis susah nak luahkan isi hati dan perasaan.  Kalau tulis reena boleh.  Takkan nak tulis surat plak time tu kannn) so teruss pegang tgn encik hasben,  minta maaf dengan dia.  Minta dia doakan semoga dipermudahkan segala.  Serius rasa mcm takut esok tak jumpa lagi da.  Airmata jangan cakap la.  Saya seorang ratu airmata.  Ok mengaku! 

9.00pm-     lebih kurang masa ni kot,  reena tak tahan da sangat, sampai cakap kat misi panggil doktor!! Dorang plak cucuk ape ntah kt punggung.  Reena masa tu memang da lalok sebabkan sedut oksigen.  Hampehh lak rasa.  Memang cakap da kt doktor sakittt tak tahan da nak teran.  Ok!  Bermula kisah kemuncak.  Reena memang dalam awang-awangan.  Cuma dengar doktor cakap,  kalau rasa sakit kuat, teran kuat2. Memang zero pengalaman kan.  Teran habis kuat dah.  Masalahnya suara pun sama kuat teran.  (Biasa dulu main tarik tali,  tarik je kekuatan pada jeritan.  Haha!  Nak bersalin pun terbiasa macam tu). Bilik LR pun ntah ape rasa panass je.  Berpeluh jangan cerita la.  Encik hasben pun pegang tangan sebelah, bg segala sokongan.  Bila sakit je terus reena jerit.  Sakit doktorrr..  Doktor suruh push.  Jeritan sama kuat dengan teran.  Misi pun tolong uli2 perut.  Encik hasben duk urut dada dan bisik kat tepi suruh push.  Memang dari awal masuk LR, baca je ape doa, selawat,  zikir yang ingat.  Habis2 pun sebut je Allah! Reena gagal teran dengan betul.  Ok time ni doktor cakap.  Saya guna vacuum.  Dan last choice czer.  Masa tu memang reena all out.  Sebab dengar doktor cakp teran habis2. Jangan tarik nafas lama atau stop meneran sbb dia nak vacuum nanti kesian kepala baby sakit.  Dalam hati cakap dengan diri sendiri tolong diri sendiri dan baby.  Teran sehabisnya.  Fikir nak cepat keluar je.  Cuma salahnya reena menjerit sebab tu gunakan tenaga banyak.  Hampir putus asa. Tapi kuatkan semangat lagi. 

10.02pm-    Ok nampak doktor berjaya vacuum baby keluar.  Time tu rasa hangat je keluar.  Air mata,  air peluh sama naik.  Dengar je baby nangis tu,  rasa syukur Alhamdulillah sangat.  Nikmat rasa! (Ok tengah type ni pun rasa bergenang airmata). Moment paling berharga adalah bila misi letak baby yang baru keluar skin to skin.  YA ALLAH!  masa ni memang airmata laju mengalir.  Mulut tk berhenti sebut " ya allah syukur..  Sayang.." tepat jam 10.02malam lahirlah puteri kami.  Misi ambik untuk bersihkan baby.  Pastu bagi pada encik hasben untuk azan iqamatkan.  Memang time tu moment2 yang indah.  Sementara tu,  doktor keluarkan uri, dan bius untuk jahit luka.  Memang tak rasa apa dah sebab sakit bersalin tu mengatasi segalanya.  Lepas semuaaa habis.  Doktor bagi masa berehat dalam LR tu.  Time tu encik hasben cium peluk semua, cakap terima kasih.  Ok sebak lg.  Alhamdulillah semuanya selamat.  Reena pun kepenatan masa tu sempat lelap kejap.  Bila keluar je dari LR nak masuk bilik balik.  Nampak mak aihh ramainya yang menunggu kat luar. Kakak,  Abg,  aunty2, uncle2 semua.  Reena masa tu memang terasa habis sakit badan.  Masuk je bilik misi hantar baby untuk menyusu.  Nak dukung dia pun rasa lenguh tangan.  Habis semua, nak tido malam tu,  hasben pegang muka.  Dia ckp "kesian sayang,  muka pun naik hitam2 macam naik urat". Mula2 taktau la sebab tak tengok muka sendiri.  Bila g toilet tengok.  Seriusly muka macam pecah2 ni.  Agaknya kuat betul jerit teran. 

Memang betul la kata orang sakit bersalin ni rasa macam nyawa hujung tanduk.  Tapi nikmat tu Allah bagi bukan semua dapat rasa.  Yang penting kena tau teknik.  Dan memang reena failed kat situ.  Sebab tak reti teran dan reena pun lalok mase tu disebabkan gas oksigen tu. 

Dannn.  Pendapat reena berkenaan bersalin hospital swasta atau kerajaan.  Sakit bersalin di mana2 pun tetap sama.  Tetap sakit.  Cumanya layanan jela berbeza.  Swasta setiap layanan diberi tu kita bayar.  So maniss lembutt je.. Beza pada keselesaan kita je. 

Dan tadaaa gambar baby Sofiyyah Zahra' time fresh from tummy!

Ehh lupa nak cakap.  Dan lepas selasaii semuanya..  Cakap kat encik hasben.  Tak dapat sama birthday dengan anak.  Tapi ni jela hadiah birthday reena untuk dia tahun ni. 
HAPPY BIRTHDAY ENCIK HASBEN. (da lama lepass oi!)

Terima kasih semuaaa yang bagi sokongan dan mendoakan.  I is terharu.  Sobss!

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts