Damailah papa disana

4:41 PM

Assalamualaikum dan hi. 

Hari ini hari ketiga rumah sunyi tanpa papa. 
Ya.  Papa telah dijemput pergi untuk selamanya.  Terlalu banyak untuk aku ceritakan. 

15.09.2016
Papa telah menghembuskan nafas terakhirnya. Alhamdulillah begitu mudah papa pergi. Tiada nampak tersiksa. Aku terkilan sebab aku bukan di rumah ketika itu.  Aku jauh di kedah family sebelah mertua.  Dan aku terkilan lebih kerana aku tak sempat salam cium beliau sebelum bertolak balik ke kedah. 

ALLAH..

Luluh hati bila dengar perkhabaran itu.  Kami terus balik lepas mendapat berita.  Dan setiba kami,  aku cuma dapat melihat jasad papa di ruang tamu rumah.  Begitu tenang mukanya. 

Masih aku ingat,  perbualan terakhir kami papa nyatakan suruh ambik duit(dan beliau gayanya ambik dari poket tp sebenarnya papa tak pakai baju n seluar.  Cuma berpampers.) papa cakap mana tingkap.  Nak tdo tepi tingkap.  Papa memang dah lama sakit dan memang kadang2 beliau cakap merepek sket semacam mamai.  Aku layankan.  Sejak lahirnya si kecik sofiyyah memang kurang sempat nak tengok sekeliling kerana sibuk uruskan baby. Kadang kala aku free baru dukung babysofiyyah dan pergi bilik papa. Sembang2. Ya papa seorang yang sukakan baby/anak kecil. Bila aku bawa sofiyyah tengok papa. Dan aku ckp "hai kongkong.. Kongkong buat apa tu.. Sofiyyah datang tengok kongkong ni.. " dan tangan papa seolah nak main dan pegang baby sofiyyah walaupun beliau tak terdaya.

Tapi masih aku rasa terkilan sebab tak sempat jumpa beliau sebelum habis umurnya.  Tenanglah papa disana.  Sudah bertahun papa menanggung sakit.  Aku redha dengan pemergianmu papa.  Semoga baik2 saja disisi sang pencipta.

Terima kasih papa.
Untuk segala pengorbanan papa besarkan kami. 
Terima kasih papa.
Untuk segala kasih sayang untuk kami. 
Terima kasih papa.
Untuk segala penat keringat mendidik kami. 
Terima kasih papa.
Kerana akulah paling manja dengan papa sejak kecil.
Sentiasa dukung aku sehingga awal persekolahan rendah. 
Sentiasa ingat aku kalau makan apa2.

Semasa aku kerja jauh dijohor.  Papa akan tanya bila aku akan balik.  Ya aku antara anaknya yang papa akan sebut selalu.  Sandy..  Sandy..  Sandy.. 

Ya papa.  Sandy sayangkan papa. 
Kami semua sayangkan papa. 
Tapi ALLAH lebih sayangkan papa. 
Allah taknak papa terus sakit. 
Rezeki papa meninggal malam jumaat. Dikebumikan hari jumaat. 
Papa insan terpilih untuk masuk islam. 

Segala kenangan akan kami sematkan dalam hati. 

Damailah papa.. 

Aku terkilan juga kerana tak dapat temankan papa ke kuburan.  Sebab risaukan baby sofiyyah masih kecil.  Masih aku ingat, kucupan terakhir dapat aku bagi sebelum van jenazah datang ambil papa untuk uruskan pengkebumian jenazah di masjid. 

Sebak.  Sungguh aku sebak. 
Itu kali terakhir aku cium papa.  Sejukk. Bau papa itu lah terakhirnya dapat aku cium. 
Itulah kali terakhir dapat aku lihat raut wajahnya.  Sungguh siapa yang datang melawat jenazah pun aku tak pasti.  Kerana aku sibuk uruskan baby sofiyyah..

28 tahun aku membesar.  Dan 28 tahun jugalah kenangan yang kami ada. 

Ya Allah, kau ampunkanlah dosa2 papaku.  Kau jauhkanlah papaku dari azab api nerakamu ya Allah. Kau tempatkanlah papaku dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga papa baik2 disana.  Nantikan kami akan menyusul satu hari nanti. Itu janjiMu yang pasti. 

AL-FATIHAH.

21.01.1939 - 15.09.2016

Papa sentiasa dalam ingatan kami. 

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts