Set bersalin mana jadi pilihan hati?

11:47 PM

Assalamualaikum,

hai..


makin hujung hari menghitung tarikh baby nak keluar, makin pening jadinya nak beli kelangkapan yang masih belum lengkap kan?

reena almost 80% da settle bab membeli barang baby. tapi untuk diri sendiri macam blur-blur lagi. bukan apa, tengah menilai menimbang harga yang berpatutan. 

alkisahnya bab SET BERSALIN ni. 
iskkk! berubah-ubah betul pendirian. rata-rata ramai yang suggestkan reena untuk gunakan set bersalin Nona Roguy. tapi bila google balik. ada yang cakap set Afiat bagus dan harganya jauh lebih murah (tak lebih rm100). kedekut sangat pulak rasanya.. kahkah! bukan kedekut hokeyy.. cuma nak berjimat. tapi kembali dengan keputusan nak consume Set Bersalin Nona Roguy. 



Survey? yee.. semua kedai yang jual jamu-jamu reena tanya. kebanyakannya jual harga lingkungan RM320-RM370. makk aihhh. nangihhh mak! so postpone lagi nak beli. survey lagi dalam mudah.my dalam Instagram. akhirnya jumpa jugak hamba allah yang jual harga yang murah. 

korang boleh search ig hakak ni:
da.nonaroguy

atau fb dia:
da.nonaroguy

ni laaa yang paling murah reena jumpa setakat ni. RM249 full set. ada jugak jumpa RM250 dalam mudah.my . seringgit pun bernilai tauuu. hahaha! 

senang berurusan dengan akak ni. baru pm tanya harga semua. dia terus minta detail nak pos even reena belum lagi buat payment. 

so khasiat set Nona Roguy ni? ada yang cakap boleh kuruskan badan? sangatlaaaa reena berharap sebab sejak pregnant ni, berat naik dengan jayanya hampir 20KG!!! OMG sangat tau. 

padahal scan baby berat 2.3kg je. mane la datang lebihan Kilo tu. iskkk!

eh. melalut lebih. jom ushar khasiat set bersalin Nona Roguy:


PHYTONATAL
(90 BIJI TABLET)
Tablet Pembersih Rapi Dalaman
Phytonatal membantu membersihkan rahim dengan membuang lendiran dan darah kotoran dari badan. Juga bertindak melawaskan najis dan membuang lemak berlebihan (Turun Berat Badan). 


AKAR HERBANIKA
(10 PEKET)
Minuman Antioksidan di Wad Bersalin
Akar Herbanika di set bersalin Nona Roguy ini membantu menambahkan tenaga dan Khasiat pemakanan kepada para Ibu. Juga bertindak menyegarkan badan.

MINYAK HERBANIKA
(100ml)
Pengurangkan Kesan Regangan di Perut
Minyak Herbanika di dalam set bersalin Nona Roguy berfungsi menguatkan otot perut.
Ia juga bertindak mengurangkan kesan regangan dan kesan pecah-pecah di kulit semasa mengandung.
Ia juga meningkatkan Pengedaran darah.

HERBANIKA BARUT
Mengetatkan Perut yang menggeleber
Krim Herbanika barut ini di sapu di sekeliling perut. Ia bertindak mengetatkan kembali perut yang menggeleber selepas bersalin.
Ia juga bertindak menguatkan otot perut dan otot pinggul yang kendur.

UNCANG CUCI HERBANIKA
(10 PAKET)
Penyembuh Luka
Bertindak sebagai Antiseptik untuk menyembuhkan luka dan mencegah jangkitan kuman.
Ia juga bertindak menyegarkan dan menghilangkan bau badan ketika berpantang.

HERBANIKA LULUR
Mengembalikan keserian kulit
Herbanika Lulur bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman semasa mengandung.
Ia juga bertindak menegangkan kembali payu dara yang kendur.​
so dah boleh tunggu je barang sampai nanti. yay!

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts