KUNGFU PANDA VS GAJAH : Simptom si Mak Buyung

1:14 AM

Assalamualaikum.


Hye..


tajuk je dah nampak stress kan?
inilah gayanya menjadi mak-mak buyung seantero kot.

al-kisah sejak dua menjak akhir ni, reena rasa macam makin kuat selera makan. tak lapar pun nak makan. (jangan berat naik mendadak sudahlaaaa). dan tetiba bangun pagi nak mandi siap nak pergi kerja. terdetik dalam hati.. "ishhh! rasa same kembang dengan cermin da. kungfu pandanyaaaa rasa!!"

hai laaa anak.. ini la umi mu rasa saat dan ketika itu. 


pulak di tempat kerja. Lepas solat, nak pakai stokin..
terdetik lagi "isskkkk! kaki ni kembungnya. bengkak melampau. dah macam kaki gajah!!" 

tapi itu pun ramai kawan se'ofis cakap tak nampak besar pun perut. walhal, rasa mcm besarrrrr sgt dah. 

sabar jela. ini orang cakap pengorbanan seorang ibu sejak mengandung lagi. tu pun dah besar2, melawan cakap mak. (ampunnnnnn ya mama. :( )

alhamdulillah kandungan dah pun 33minggu 5hari. kurang lebih dalam 44 hari lagi nak due. 
persediaan setakat ni dah 80% kot. sebab masih ada yang pening2 nak pilih dan kekangan masa. Insyaallah hujung minggu ni nak selesaikan semua sebab cuti.

mommy yang lain dah siap ke barang? bagi yang masih konfius, meh rujuk SINI.


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts