38 Minggu sudah!

10:39 PM

Assalamualaikum , Hi semua!

alhamdulillah pejam celik, dah 38minggu kandungan ni. 
makin hari makin debar..

dah masuk ramadhan ke 25 pun. dan ramai yang bertanya. 
"eh reena, ko puasa ke? baby ok ke?"

mulanya takut jugak nak puasa lagi2 mama risau sangat baby dalam kandungan. so far alhamdulillah. cuma ada masa kalau da muntah-muntah teruk tu, encik hasben pun cakap tak perlu puasa that day.

tapi tu la. sejak sebulan puasa ni, masalah yang sering dialami adalah. muntah. muntah. muntah.

lepas sahur je meluak-luak rasa nak muntah. kebarangkalian sebab angin/gastrik la kot. 
sampai aritu tak tahan sangat dan ajak encik hasben g Hospital Sultan Abdul Halim (Sg Petani).

doktr test urine, scan. ayat doktor tu mcm ni. " Eh, awak due bila ni? takde tanda lagi ke? baby dah cukup masa ni"

terus debor lain mcm. cakap ikut KKIA bagi date due 15/7. 

kena da inject ubat bagai. then balik rumah rehat je. 


cerita pasal kerja? nauzubillah pemalasnye melampau bila nak keje. bulan ni saje ntah berapa hari dah MC, Cuti Kecemasan. maap ye tuan Bos. tapi mujur la Bos ni paham keadaan makyong ni. hihihi

dan paling ketaraaaa pada minggu yang ke 38 ni. huk2 Miss-V dah makin kerap sengal2 gitu. rasa macam baby tu dah kt bawahhhhh sangat! kadang2 bila duduk tak betul risau kot terkehel anak aku plak. so mommy-mommy thinking kan.  yelaaa. sape tak sayang anak oii. dah nak 9Bulan dalam perut. 

baca-baca dalam blog lain katanya tu disebabkan kepala baby dah masuk laluan.


haa. lebih kurang ni la dia.. so boleh imagine terhadnya pergerakan bila terasa sakit tu. nak ngiring sengal. nak bangun dari duduk sengal. jalan pun macam penguin tua dah. huhu


namun ni la orang katakan pengorbanan seorang ibu yang menanggung segala kesakitan demi anaknya. belum part nak bersalin nanti. mudah-mudahan segalanya dipermudahkan ye. 

umi doakan anak umi nanti keluar dengan sempurna, sihat tubuh badan, baik akhlaknya. jadi anak yang soleh-solehah. Aminn. 


beg? setakat ni dah sentiasa standby dalam kereta. semoga semua mommies dia luar sana jugak dipermudahkan segala urusan ye. 

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts