CHECKLIST persediaan barangan untuk baby dan ibu.

9:25 PM

Assalamualaikum dan hi semua!

seperti yang reena janjikan.. nak merungkaikan dilema para ibu-ibu yang sedang mengensot-merangkak kumpul info untuk persediaan kelahiran baby. 

jom kita terjah! 


ok ni checklist yang reena sediakan sendiri tau.. reena izinkan mommy2, ibu2, umi2 sekalian copy.

1) CLOTHING (PAKAIAN)

  • yang ni reena dah tanya dan rujuk beberapa blog serta pengalaman dari rakan-rakan sekeliling. kebanyakannya pesan, baju newborn tak perlulah beli banyak sebab baby ni cepat membesar. dan kemungkinan besar juga, bila kawan-kawan yang datang melawat tu bagi hadiah baju pun bersaiz newborn. so cukup sekadar beli dalam 2-3 pasang baju bersaiz newborn.
  • lain-lain tu terpulang la pada mummy,ibu,umi untuk beli. reena cuma listkan supaya tak over shopping. (maklumlaaa eksaited nak sambut baby) hihihi!

2) DIAPERING (LAMPIN)
  • Standby pampers newborn lebih kurang 10helai (pack kecil) sebab orang cakap nnt time nak bersalin, nurse akan minta pampers dan beberapa lagi kelengkapan lain. 
  • lampin kain reena beli yang satu dozen tu. lampin pun digunakan untuk bedung baby nanti. kalau ada mummy,ibu.umi yang terlebih bajet nak beli bedung yang canggih2 ada zip tu tak salah pun.  
    -contoh bedung zip-
  • tikar getah ni bukan yang kita pergi berkelah tau. ni tikar yang kembung2 tu untuk alas baby lepas mandi nk tukar pampers. 
orang mat saleh panggil changing mat

3) BABY CARE/GROOMING (PENJAGAAN BABY)
  • part baby care (syampu, gel mandi, losyen, minyak baby, bedak) ni, depends on korang. ada yang reena baca, tak elok untuk baby sebab mandian baby ni banyak bahan kimia. tapi selepas mencari info, dari apa yang reena baca laa. set mandian pigeon lebih selamat berbanding brand2 yang popular lain. atau yang ada bajet lebih boleh beli jenama "buds for baby". -yang ni tak berani komen banyak sebab mak2 kita nanti mesti cakap "alahhh. mak dulu bagi mandi dengan sabun cap betik je. elok haa gebu sampai besooor" so? depends dengan pendapat sendiri ok. 

4) BATHING (MANDIAN)
  • dah terexplain kat atas. hihi.
  • selain tu, besen tu tak perlu pun takpe. pakai besen biasa yang bulat tu pun da cukup. 

5) NURSERING
  • set tilam baby ni, korang boleh survey2 dalam IG or facebook. banyak dah yang jual. siap duit dan pilih je. 
  • reena plak mama dah tolong jahitkan untuk bakal cucu dia. hehe, tok yang eksaited lebih. siap belikan cradle da untuk cucu dia. (nanti boleh nyanyi lagu rock-a-baby) haha

lebih kurang mcm ni laa!

6) FEEDING 
  • yang ni penting kot bagi reena. kena banyak survey dan survey. 
  • kita semua dah sedia maklum, penyusuan ibu adalah sangat digalakkan. so breastpump tu perlu atau tidak?
  • ada yang cakap, untuk 3 bulan pertama (cuti bersalin) direct BF je. tp ada yang cakap kena biasakan baby dengan botol juga sebab nanti habis cuti nak kerja dan hantar pengasuh. 
  • jadi, depands dengan pendapat masing-masing.. 
  • jenis breastpump pulak? ada yang suggest dengan reena pump MALISH ILARIA (double) ada jugak yang suggest pump AUTUMNZ(yang reena berkenan autumnz serene(double), dan autumnz blossom(single)). tapi semua depends pada bajet masing-masing jugak. 
  • part ni reena pun masih belum keputusan nak pilih yang mana, tapi hati da berkenan dengan autumnz serene. (matilaanakk dekat RM500)
  • puting? yang di suggest kawan-kawan adalah jenama pigeon.



berkenan yang ni!! mungkin sebab purple kot. heee :)


7) KEPERLUAN BERPANTANG
  • mostly yang rekemenkan set berpantang Nona Roguy sebab set ni internal dan external penjagaannya. nak review lebih pun tak pandai sebab tak penah guna lagi kann. hihi. 


dan yang terakhirnya...

persediaan beg ibu dan bayi.

korang rujuk checklist jela. penat reena buat checklist tu kalau tak tengok. hihihi.

so? bersiap sedialah wahai mommy, ibu, umi sekalian. termasuklah diri sendiri. minggu ni dah 31weeks. baby dah lambai2 dalam perut nak keluar sebulan lebih lg. huhu!

disini reena sertakan website yang korang boleh rujuk untuk survey:

www.onebabyworld.com.my 
www.lazada.com.my (sini pun reena suka survey harga pump baby)
IG / FB : Pump4mama
FB: pumponthego

selamat bershopping ok! :)

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts